Seni kraf logam satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal.Kemahiran pertukangan logam seperti emas,perak dan tembaga dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman.
Orang Melayu menghasilkan banyak alat yang diperbuat daripada logam.Seni ukiran pada alat logam yang dihasilkan oleh tukang Melayu dapat dilihat pada senjata tradisional,peralatan rumah dan perhiasan diri.
Peralatan yang diperbuat daripada logam yang berukir masih digunakan sehingga kini.Dahulu,kegunaan peralatan yang diperbuat daripada perak,emas dan tembaga hanya terhad kepada golongan istana.Kini peralatan tersebut dapat dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan.
(Diubah suai daripada majalah Dewan Budaya)
No comments:
Post a Comment